
Dr Kwan Zhenli
官珍丽 皮肤专科医生
MBBS (Malaya) FRCP (Edin) Adv M Derm (UKM) AM (Mal) Fellowship in Mohs and Advanced Dermatological Surgery (UK)

Biodata
Dr Kwan Zhenli merupakan seorang pakar perunding dermatologi dan pakar bedah Mohs yang bertauliah di Subang Jaya dan Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau adalah salah seorang perintis pembedahan mikrografi Mohs di Malaysia dengan pengalaman dalam lebih 500 kes pembedahan mikrografi Mohs dan 400 kes pembinaan semula.
Setelah menerima ijazah MBBS dari Universiti Malaya pada 2008, beliau bekerja di Singapura dan Australia sebagai seorang pegawai perubatan. Beliau memperolehi Membership of the Royal Colleges of Physicians, MRCP (UK) pada 2010 sebelum pulang ke tanah air, di mana beliau menjalani dan melengkapkan latihan subkepakaran dermatologi pada 2016 apabila beliau dianugerahkan Sarjana Lanjutan Dermatologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga memperoleh Sijil Pengkhususan Dalam Dermatologi (SCE Dermatology) dari Royal Colleges of Physicians of the United Kingdom pada tahun yang sama.
Pada 2022, Dr Kwan dianugerahkan fellowship in Mohs and Advanced Dermatological Surgery dari United Kingdom setelah menjalani latihan selama setahun di pusat dermatologi terulung iaitu St John’s Institute of Dermatology di London. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perubatan klinikal, pengajaran dan penyelidikan, khususnya dalam bidang psoriasis, kanser kulit dan pembedahan Mohs dan beliau telah mengambil bahagian dalam beberapa kajian percubaan klinikal untuk ubat yang terbaru untuk rawatan ekzema atopik dan psoriasis. Sebelum bertugas di Subang Jaya Medical Centre, Dr Kwan telah berkhidmat sebagai Profesor Madya di Universiti Malaya dan bertugas sebagai Ketua Unit Dermatologi di PPUM di samping menerajui perkhidmatan pembedahan mikrografik Mohs untuk rawatan kanser kulit bukan melanoma.
Dr Kwan juga berminat dalam usaha pendidikan perubatan, khususnya dalam bdang Dermatologi dan terutamanya Pembedahan Dermatologi. Beliau sering berkongsi pengalaman semasa sesi pengajaran di seluruh negara serta pernah memberi pembentangan semasa persidangan dalam dan luar negara sebagai penceramah jemputan.
Kepakaran
Dermatologi umum
- Jerawat
- Penyakit kulit melepuh
- Ekzema
- Masalah rambut
- Keloid dan parut
- Penyakit kuku
- Pigmentasi kulit dan jeragat
- Psoriasis
- Kanser kulit
- Jangkitan kulit
- Urtikaria
- Ketuat
Prosedur dermatologi dan pembedahan dermatologi
- Rawatan pengelupasan kulit
- Krioterapi
- Pembedahan dermatologi (termasuk eksisi)
- Elektrosurgeri
- Suntikan intralesi
- Rawatan laser untuk pigmentasi/jeragat
- Rawatan laser untuk penurapan kulit (resurfacing)
- Pembedahan mikrografik Mohs
- Biopsi kulit
- Ujian tampalan (patch test)
- Fototerapi
- Suntikan Profhilo
- Suntikan toksin botulinum (hiperhidrosis ketiak)
Temujanji

Dr Kwan Zhenli mengadakan sesi perundingan klinik di Subang Jaya Medical Centre.
Waktu klinik:
Isnin-Jumaat: 9 pagi hingga 1 petang, 2 petang hingga 6 petang (kecuali pagi Khamis kedua dan keempat setiap bulan)
Sabtu: 9 pagi hingga 1 petang
Alamat:
Subang Jaya Medical Centre,
1 Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia
Tel: 03-56391818
Bahasa
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina (Mandarin)
- Bahasa Cina (Kantonis)
Pautan
IKUT
HUBUNGI SAYA

Web Design by Medic Experts
